We're Family

Wednesday, February 23, 2011

....ada ke patut.....

assalamualaikum

rentetan dari kisah semalam, ada ke patut kain (telekung) aku plak di pinjam tanpa rela. semalam aku sengaja tgglkan kain sembahyang aku dengan harapan orang tu pulangkan telekung aku, tp tekaan aku meleset kain plak dirembat, dlm beg hanya ada brus gigi dan seangkatan dgnnya..ermmmm apa jenis org la tu..aku pun xpaham..xpa la aku halalkan je la, nnt tergantung plak roh beliau bila mati kelak..
wasalam

Tuesday, February 22, 2011

barang aku di curi

assalamualaikum

hari ni hari selasa yg damai, aku bgn awl td..sempat basuh baju, lipat baju bagai...
mulakan hari dengan menyiapkan kerja2 tertunda semalam, alhamdullillah dh selesai kerja2 yg urgent yg xurgent menimbun lagi..hehehehe

tp bila tiba time rht td, lps mkn santai jap trus la ke surau..aku ambik beg telekung aikkk napa ringan je ni, tgk kt dlm hanya tggl kain sembahyang jer, mana telekungnya..sapa yg brani amik brg aku nie..puas dok mencari kt rak simpan telekung xjumpa lgsg..geram btul dh la gift dr my boss..sapa la yg curi pinjam nie..mnta2 esk dia letak dlm bag aku semula..

nasib2..tiba2 teringat kenangan lalu, hand bag di curi dalam surau, dia hangkut sekali isi dalam, xtinggal apa2 lgsg kt aku, duit tambang pun terpaksa minta kt org..mmg tragis la nasib aku..

aku halalkan..itu rezeki dia..
wasalam

Monday, February 21, 2011

ter 'emo' jap

SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

Monday, February 14, 2011

HaSue Giveaway:'Saya telah melahirkan bayi 2010'

assalamualaikum

alahai, selamat sempat lagi nak join contest nie..tarikh tutup 15 februari 2011
sesapa nak join just click this pic


syukur alhamdulillah
pada 14 April 2010
Nur Aimy Afifah selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya
walaupun beratnya 1.43kg semasa dilahirkan.

nur aimy afifah bayi pramatang, yg dilahirkan pada usia kandungan 33 minggu secara pembedahan
disebabkan mama mengidap darah tinggi semasa mengandung
tapi alhamdulillah selain masalah berat, aimy tidak mengalami apa2 komplikasi lain, syukur pada Allah
pilu rasa hati mama, selama sebulan aimy terpaksa dimasukkan dalam incubator sehingga berat mencapai 1.8kg, mmg pilu setiap kali balik melawat aimy di wad NICU berat hati nak meninggalkan aimy di situ..
selama sebulan, mama berulang alik ke hospital menghantar susu untuk keperluan aimy..
air mata dan doa mama setiap hari untuk aimy
mama masih ingat kali pertama aimy menyusu pada aimy berusia 2 minggu walaupun lambat itula moment yg terindah dalam hidup mama..mengalir airmata mama aimy mmg pandai menyusu, walaupun selama ni terpaksa menyusu melalui tiub..

alhamdulillah
aimy dh 10 bulan
mulut aimy mmg bising la, satu rumah dgr suara dia jer
dh mula nk merangkak skit, tp suka memanjat bantal2 yg ada kt rumah
dh pandai merajuk klau mama marah, tunduk jer muka tu sambil jeling mama..heheheheheh
pandai terima arahan la jugak, pandai makin cak2, pandai main tepuk amai2
syukur Ya Allah, Engkau kurniakan anak yg bijak, sihat dan kiut miut.
mama dan papa sayang sangat nur aimy afifah.

jom shopping

assalamualaikum

best gak bershopping on9 nie, mmg jimat tenaga, just click2 je yg mana berkenan sgt mudah..
aku berminat la ngan blog nie, sesapa berminat jom shopping DISINI


memang cantik2 la baju2 kt cni, jom reramai kita terjah..

Thursday, February 10, 2011

hidup ini indah

assalamualaikum

hidup ini sangat indah jika kita pandai menghargainya..bumi ini indah klau kita pandai menjaganya..
sekarang aku dh tersedar..kita perlu lindungi alam ini..alam ini dh terlalu tua, klau kita xmenjaganya, bl2 masa ia akan musnah..

bukit semakin dogol, kita yg ciptakan keadaan tu..hijau makin pudar..kita puncanya..
aku sokong 100000% di penang telah berkuatkuasa setiap hari tanpa beg plastik..
tapi klau org kerja kilang plastik, nak makan apa...akal aku pendek..tapi mst ada solutionnya..

kdg2 kuar je dr opis, hidung nie rasa cam tersumbat ngan udara berhabuk, bulu hidung aku salah ka sbb xdpt nk tapis habuk atau udara makin tercemar...manusia puncannya...
alam ni kan rumah kita, kenapa kita xtau nak menghargainya..aku, engkau, kamu yg patut jaga alam ni..

selamatkan alam kita..
aku cinta kehijauan

Tuesday, February 8, 2011

tetiba rasa pedih dan sedih

assalamualaikum

diharap kawan2 semua sihat sejahtera..walaupun dh lama xupdate tapi sentiasa menjengok rumah kwn2..
biasa la klau balik cuti, aktiviti sepenuh-penuhnya..aku sekeluarga baru balik dari penang, menjenguk mak abah dan saudara mara, seminggu dok di sana, bila balik cni paham2 la sedih xterkata maklum la jauh dari keluarga (merantau mencarik sesuap nasi)..masa aku menulis n3 nie pun mata dh bergenang dh, nak kata anak mak sgt, xda la tp aku bab2 mak abah ni mmg aku sensitif sikit walaupun dh kawen..aku kena ambik masa skit nak telefon mak abah lepas balik kmpg nie, sbb nanti berderai air mata aku bl cakap telefon..hehehehehehe nie la mama aimy..

masa balik sana mak abah cam biasa, rutin harian, berniaga di kedai..yang paling best aimy berkampung kt kedai la, siap bawk walker lagik baru la dia bleh main ngan kakak dia (puteri) baru la mama dia bleh bersantai...mak aiiii aku sedih..

masa cuti CNY macam2 aktiviti kami sekeluarga buat, balik kampung di baling, mandi sungai dan yang paling happening picnic di pantai merdeka ngan naik bot pegi tanjung dawai, mmg best btul..aimy mmg takut naik bot sbb bunyinya kuat sgt rsnya..tapi tetap syokkkkk...nnt bleh pegi lagik..tapi sayang aku xsempat nak snap pic pun..lain kali la...

skrang nie mak abah ngah buat apa ye?

baik aku stop sampai cni, aku mmg btul2 sedih..
wasalam
Related Posts with Thumbnails