We're Family

Tuesday, September 29, 2009

saat manis di kongsi bersama


love&me

mak abah ngan damia & puteri

eija (adik aku la)

adik (control cun kan)

puteri (dh bleh jln tau kiut sgt)

dh ngantuk damia ni

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


di kesempatan ini, aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin bg semua kengkawan yg dekat mahupun jauh....aku sentiasa maafkan kesalahan kalian, aku juga mengharapkan begitu juga dgn kalian......maafkan segala ketelanjuran bicara, silap perbuatan dan halalkan mkn minum sepanjang perkenalan kita, walaupun sebiji kacang.....aku sayangkan kwn2 ku...hati2 di jalan raya

kasut oh kasut

salam sume...ptg semlm sampi je rumah, ada sepasang ksut kt ats sofa...hehehe my love belikan kasut tuk aku (tq sayang) ..time tu berbunga2 hatiku sekejap. aku trus buka kotak dgn rakusnya, nk try la konon....huhuhu rupe2nya size giant la plak, my love siap kata "la td dh mntk saiz 5 kt amoi tue"....ermmmm melalak2 la sekejap (tambah tuk sdpkan citer)...mlm tu lps berbuka tepaksa la pegi metro kajang tuka kasut, dgn ujannya mlm td, ramai org plak tue...tp akhirnya dpt gak saiz 5, berbunga la plak hati aku sekali lagik, tp yg lbh berbunga lagik my love belikan sepasang baju raya tuk aku...hehehehe hepi ending....

Friday, September 4, 2009

2 bulan


salam sume.. hari ni genap la 2 bulan usia perkahwinan ku...syukur ke hadrat illahi di atas pemberian rezeki yg xdisangka2 (hehehe rezeki kawen). Moga Allah sentiasa murahkanlah rezeki kami sekeluarga...Amin

skrang aku lbh mengerti erti tanggungjawab sebagai isteri...kawen bukan utk suka2 ja, ia perlu digalas bersama tangungjawab. tggjwb kedua-dua pihak, baru la dpt keluarga bahagia (ceewahhhh).

aku dh berjanji pd diriku, aku akan bahagiakan suamiku dan akan sentiasa jd kwn, kekasih dan isteri yg baik utk my love (tp kdg2 tu beperang gak hehehehe). yg penting aku berdoa moga ALLAH sentiasa letakkan kami sekeluarga di antara hamba2MU yg soleh dan solehan serta taat padaMU..Amin

~hari lebih indah dengan mu~

Thursday, September 3, 2009

cerita semalam

salam sume.. semalam meriah la berbuka kt rumah, sbb mk mertua n akak ipar sekeluarga datang berbuka kt umah...makan reramai kan meriah. psl juadah berbuka xla risau sbb mak mertua dh bwkkan kari ayam ngan sambal terung (hehehehe sdp gak kari org nogori ni), aku just msk nasi ngan buat ikan cencaru sumbat jer ehhh lupa plak ngan paru berlado dan sipoot sedooot msk lemak (yg tu beli)...

dh ramai2 tu teringat plak famili kt kmpg, adik kt shah alam pun blum berbuka sama (nnt k.umi p sana yer)...raya nnt baru la jumpa, mintak2 la sempat berbuka sama2..ermmmmm rindunya dh la jauh, perjlanan dh 4 jam, tol lagik minyak lagik, nk blk weekend xbebaloi plak...hrmmmmm tah la....kita jumpa raya anti la..

tq sgt kt my love sbb 1st raya di penang (hehehehe bestnya) sbb mylove kata "nogori kan kita bleh blk selalu" yg jauh diutamakan...sbb tu la syg sgt kt my love...

hidup lebih sempurna dgnmu...

Friday, August 28, 2009

Kasih Ibu


Malaikatmu.....

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?

"Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu .

"Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukupbagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia""Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada sayajika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akanmelindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi""Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Akuakan sentiasa disisimu

"Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jikasaya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa.. kasih sayang dan pengorbanan seorang IBU.Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa....... Dialah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya dunia dan akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengankarenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya Syurga itudibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam

4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Kuasa Ibu & Suami

Salam, pagi nie dapat satu email dari kwn opis. Tersentuh hati bila baca artikel nie...Ya Allah, Engkau muliakanlah hati kedua-dua insan ini..Semoga aku jadik isteri dan ibu yang diredhai Allah, Amin

"Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasasuami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak inisungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akandimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagaicontoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akanberdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadapibunya.

Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedarmenyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akanterus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandungdidalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahirdan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itukedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimanadoa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?

Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hatiibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidakmeminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa2anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala,hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapatberbagai balasan dari Allah dibumi lagi.

Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang ceritabagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizamanNabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabilahabuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagikerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakanisterinya. Ke dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkankedua ibu tadi mengampunkan anak2nya.

Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu.Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah- IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTIMENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidakdan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAPMALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kitabahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatasanak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebutsedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula inginmeminta ampun.

Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa inihendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluargayang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlahsatu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawahlindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.

Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki).Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akanmenjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anaklelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akanmelahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yangketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yangpenting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI menggunakan dengan bijak."

Friday, August 21, 2009

Selamat Bepuasa

Salam, selamat mengerjakan ibadat puasa pada k,ita, k.puzah, k.nakia, zimah, nora, linda, sal, fazlina dan sume kawn2 dan seluruh umat islam sedunia, xlupa pada mak abah kt penang dan makayah (mertua) kt palong Esok dh puasa, mlm nie jgn lupa pegi solat terawih tau. Tahun nie paling bermakna, sebab tahun pertama berpuasa bersama tersayang...bestnya..harap2 ramadhan kali nie lebih berkat hendaknya.

Friday, August 7, 2009

Hepi Bufday Pu3..Rindu si kecik ni

Salam..06 Ogos 2009 genap la setahun umo si kecik ni..cpt jer ms berlalu.dh besar anak buah aku nie...rindu dia sgt.tgk la tu muka baru bangun tido. Harap pu3 jd anak yg solehah n bijak..cpt2 la pandai bercakap...bleh mak ngah col ckp ngan pu3..




haaa lepas mandi seronok la dia...dh ada gigi tu...raya nie mak ngah balik kita bleh celebrate bufday pu3 yee.....




Tuesday, August 4, 2009

Syukur pada Ilahi : 040709




Alhamdulillah....hanya ungkapan tu jer yg terucap, syukur sgt2... hari ni dh genap sebulan aku bergelar isteri, bahagia dan tenang aku rasa...aku harap dan berdoa agar ikatan ini tersimpul rapi hingga ke akhir nyawa..Amin

Wednesday, May 13, 2009

Aktiviti Last Week..


Haa ni pic seblm nk start wall climbing...konon-konon xtakut la tu...


hehehe jgn jeles...aku gelabah tul ms nie.


syukur la aku selamat mendarat....kering darah aku..
ada lg aktiviti yg best nnt la aku update....to be continue....


Tuesday, May 12, 2009

Selamat Hari Ibu

Salam semua....mmg lama tul xupdate, tapi ari ni cam mana pun kena gak update...sebab nk wish selamat hari ibu kpd sume ibu2 yang ada di dunia, khas buat bonda tercinta dan xlupa gak pada bakal mak mertua, hope sht selalu dan diberkati....rndu btul kt mak....next week nak balik kg la.Bila time sorang2 teringat kt mak kt sana...sedih la plak, jasa dan pengorbanan mak aku xbls lagik....hhuhuhuhuhu

Monday, April 20, 2009

18.04.2009

Salam, alhamdulillah k.ita selamat melahirkan baby girl...siap dh beli gift kt baby, tp k.ita kt puchong plak, mst comey cam k.ita kan, xsbr tul nk tgk..tahniah pd k.ita ngan abg fadhli..ceria-ceria selalu, weekend ni insyaallah acik umi ngan acik ejal sampai la puchong..tunggu ye...

Friday, April 10, 2009

Jom Balik kampung


Yahuuuuu....mlm nie nk balik kampung...rndu btul kt famili, tambah2 lagi ngan si kecik 2 orang tue..hehehe xsbr nyer...

Wednesday, April 8, 2009

Warna Warni Kehidupan

Salam, cuma nk kongsi ngan sume, kdg2 asik keja jer minda xberkembang la...try la singgah kt blog DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj di http://www.etuah.com/ mcm2 artikel kita bleh baca, dapat la tingkatkan skit motivasi diri. Tapi kena la daftar dl, pastu bleh la baca enovel, artikel n mcm2 lg la. Selamat maju jaya...

Tuesday, April 7, 2009

Hepi Anniversary


Salam, cpt jerit ramai2 "hepi anniversary yg pertama" ucapan nie khas utk k.ita ngan abg Fadzli. Walaupun lambt wish tp still igt. Hope sihat dan bahagia hingga ke akhir hayat. Tak lupa juga middle of april k.ita akan dapat baby, nk bagi hadiah ape ekkk...apa2 pun harap sht n cute cam k.ita.bye

Monday, March 30, 2009

Just Nk Kongsi

Salam, cuma nk berkongsi info ni, utk sapa2 sj yg sdg carik keje atau nk mengisi kekosongan di sektor awam atau swasta try la singgah di http://www.jobsmalaysia.gov.my/ mn la tau kot2 ada rezeki, kita cuma berusaha kan...tapi rsnya dh ramai yang tahu...tp pada sapa2 yg baru tahu cpt2 daftar ye.jom ramai2 kita meriahkan jobsmalaysia...

Saturday, March 28, 2009

Aku Budak Baru Belajar









































Klau sebut psl makan mst dh meleleh air liur kan, tp klau buat sendri lg best kan. Klau xpndai pun apa lg tgk resepi la jwbnya, sdp ke xsdp ke kita jer yang tau hehehe...

Aku nk share ngan sume, aku slalu gak try resepi2 baru nie. jd ke xjd tu belakang crita, janji kita blajar dr kesalahan kan...korang try la singgah kat http://www.myresipi.com/, kt sana sume resepi2 yang best2 tau, sume yang aku try setakat ni alhamdullilah menjadi...apa2 pun belajar dari kesalahan

Friday, March 27, 2009

Kelip-kelip Cahaya



















Salam, lama btul xupdate..bz sgt kdg tu. adoiii lama tul x blk kmpg dh dkt sebulan. Dlm perancangan awal april la blk... rndu tul la ngan si kecik 2 org kt umah tu. Sejak si puteri ngan damia ada, bercahaya la skit suasana kt umah, pengubat rindu mak ngan abah.. dgr kata dh banyak ragam si puteri tu maklum la dh nk masuk 7 bulan, tp si damia blum byk ragam lagi sbb br nk masuk 4 bulan...bila blk kmpg trasa sekejap ja ms berlalu, mana taknya asik melayan si kecik dua org tu ja.Mintk2 jd la blk kmpg....nnt update lagi..

Saturday, January 10, 2009

Masa Kursus Induksi kt Pulau Pangkor

Kursus induksi di Pulau Pangkor. Lepas aktiviti sukan sempat gak bergambar ngan my team "See-Heart". Kita ada 11 member in each group, best sgt kursus nie, tapi ms ceramah tu agak bosan gak. Tapi ada gak penceramah yang best gilo, x ngantok dibuatnya.Apa-apa pun semuanya cool n best...

At Pangkor


Hehehehehe ni masa aktiviti kumpulan, kena wat logo n cipta nama kumpulan. Maka dapatla nama kumpulan kami See-Heart, ok x?
Related Posts with Thumbnails