We're Family

Monday, February 14, 2011

HaSue Giveaway:'Saya telah melahirkan bayi 2010'

assalamualaikum

alahai, selamat sempat lagi nak join contest nie..tarikh tutup 15 februari 2011
sesapa nak join just click this pic


syukur alhamdulillah
pada 14 April 2010
Nur Aimy Afifah selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya
walaupun beratnya 1.43kg semasa dilahirkan.

nur aimy afifah bayi pramatang, yg dilahirkan pada usia kandungan 33 minggu secara pembedahan
disebabkan mama mengidap darah tinggi semasa mengandung
tapi alhamdulillah selain masalah berat, aimy tidak mengalami apa2 komplikasi lain, syukur pada Allah
pilu rasa hati mama, selama sebulan aimy terpaksa dimasukkan dalam incubator sehingga berat mencapai 1.8kg, mmg pilu setiap kali balik melawat aimy di wad NICU berat hati nak meninggalkan aimy di situ..
selama sebulan, mama berulang alik ke hospital menghantar susu untuk keperluan aimy..
air mata dan doa mama setiap hari untuk aimy
mama masih ingat kali pertama aimy menyusu pada aimy berusia 2 minggu walaupun lambat itula moment yg terindah dalam hidup mama..mengalir airmata mama aimy mmg pandai menyusu, walaupun selama ni terpaksa menyusu melalui tiub..

alhamdulillah
aimy dh 10 bulan
mulut aimy mmg bising la, satu rumah dgr suara dia jer
dh mula nk merangkak skit, tp suka memanjat bantal2 yg ada kt rumah
dh pandai merajuk klau mama marah, tunduk jer muka tu sambil jeling mama..heheheheheh
pandai terima arahan la jugak, pandai makin cak2, pandai main tepuk amai2
syukur Ya Allah, Engkau kurniakan anak yg bijak, sihat dan kiut miut.
mama dan papa sayang sangat nur aimy afifah.

14 comments:

HaSue said...

Assalammualaikum..
eee..memang aimy comel sangat..memang kena jer pakai baju kaler merah.
mesti sedih jer bila dier terpaksa ditahan dihospital kan..sibbaik rumah dekat ek?kalo jauh,lg susah tu...alhmdulillah semua dah ok kan..dia pun dah sihat sejahtera..

apa2pun,mekasih sudi join GA nih n smg berjaya yer =)

nur easy said...

alolo comelnya dia..;)

Umiey said...

wasalam hasue,
trima ksih bebanyak, mmg dh lm jd silent rider hasue

moga2 ada rezeki..

Umiey said...

trima kasih nur easy

Unknown said...

good luck yer...harap ada tuah afifah

Farra Dhelina said...

comelll..dh membesar dgn sht pun..kuasa allh kan..

gdluck ye

Umiey said...

tq edy

Umiey said...

alhamdulillah farra, syukur sgt2

Hanis MY said...

goodluck umiey... comel sgt aimy... doakan rezeki hanis pulak ye... sgt menyedihkan masa kena tahan tu yerla ibu mana yg tak sedih dan risau kan, tapi alhamdulillah aimy membesar dengan baik, sihat dan comel!

Umiey said...

tq hanis, insyallah kita doa sama2..moga2 rezeki tu tiba..amin

sahromnasrudin said...

alamak..dah tutup kans...

Umiey said...

dh tutup la sahrom..tp xlucky la

Hanis MY said...

salam umiey hanis singgah sini..apa khabar?

Umiey said...

wasalam hanis, umi sht, hanis cam na?

Related Posts with Thumbnails