We're Family

Friday, August 28, 2009

Kuasa Ibu & Suami

Salam, pagi nie dapat satu email dari kwn opis. Tersentuh hati bila baca artikel nie...Ya Allah, Engkau muliakanlah hati kedua-dua insan ini..Semoga aku jadik isteri dan ibu yang diredhai Allah, Amin

"Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasasuami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak inisungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akandimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagaicontoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akanberdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadapibunya.

Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedarmenyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akanterus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandungdidalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahirdan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itukedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimanadoa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?

Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hatiibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidakmeminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa2anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala,hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapatberbagai balasan dari Allah dibumi lagi.

Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang ceritabagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizamanNabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabilahabuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagikerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakanisterinya. Ke dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkankedua ibu tadi mengampunkan anak2nya.

Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu.Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah- IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTIMENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidakdan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAPMALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kitabahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatasanak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebutsedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula inginmeminta ampun.

Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa inihendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluargayang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlahsatu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawahlindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.

Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki).Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akanmenjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anaklelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akanmelahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yangketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yangpenting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI menggunakan dengan bijak."

1 comment:

zeta said...

Insaf saya.. :(

Related Posts with Thumbnails